EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

PEMULIHAN TERAPEUTIK REMAJA HAMIL LUAR NIKAH

image description
Call no.
: 362.7083 SIT
Author
: Siti Balqis Mohd Azam, Siti Hajar Abu Bakar Ah, Haris Abd Wahab
Contributor
: Georgiana Usun Jok
Summary
Pemulihan atau rehabilitasi merupakan salah satu teras penting bidang kerja sosial. Majoriti klien kerja sosial terdiri daripada individu yang mempunyai pelbagai masalah tingkah laku yang perlu dipulihkan semula agar dapat kembali semula bertingkah laku normal, selari dengan norma dan peraturan sosial yang telah ditetapkan. Salah satu daripada bentuk pemulihan yang kritikal adalah pemulihan terapeutik. Pemulihan terapeutik berkisar kepada serangkaian intervensi rawatan diri yang memberi penekanan kepada pembangunan dan pemerkasaan diri individu. Buku ini membincangkan ciri-ciri pemulihan terapeutik berkesan untuk pemulihan berasaskan institusi bagi remaja perempuan yang terlibat dengan salah laku seks. Antara ciri-ciri dan komponen-komponen pemulihan terapeutik berkesan yang dibincangkan dalam buku ini mampu memberi satu landskap ilmu pengetahuan yang penting kepada para pengamal bidang kerja sosial yang bekerja dengan remaja yang mempunyai masalah tingkah laku, para pelajar yang mengikuti bidang kerja sosial, organisasi dan agensi sukarela yang menguruskan program pemulihan untuk remaja bermasalah serta pihak-pihak berkepentingan yang terlibat dalam perawatan dan pemulihan tingkah laku kanak-kanak dan remaja. Buku ini sesuai dibaca oleh segenap lapisan masyarakat yang ihsan dan komited dengan sebarang usaha untuk membantu mengubah kehidupan anggota masyarakat ke tahap yang lebih baik.

Upcoming Activities

Sarawakiana Festival 2025 08 Dec 2025


View All Activities