EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Terokai Potensi Industri Sayur-Sayuran Di Malaysia

image description
Call no.
: 635/TER
Author
: Izuzi Marlia Mohd Khalid & Nazirul Mustaqim Mohd Fauzi (editor)
Contributor
: Awang Yunos Bin Awang Husain
Summary
Buku ini berkisar tentang maklumat teknikal dan bukan teknikal berkaitan tigan jenis sayuran iaitu cili, kacang bendi dan tomato. Pemilihan sayuran ini berdasarkan pada dasar Agromakanan negara dalam topik “Memperkukuh Industri Sayur-Sayuran dan Buah-Buahan Serta Memulihkan Industri Kelapa”. Buku ini berkonsepkan memberi maklumat dan keperluan yang perlu diketahui oleh Agropreneur sebelum memulakan perniagaan berasaskan pertanian. Sasarannya ialah Agropreneur iaitu golongan belia dengan penyampaian maklumat menggunakan pendekatan visual dan grafik. Pendekatan ini adalah sesuatu yang baharu dalam penerbitan berbahasa melayu iaitu, sumber bahan yang ada kebanyakannya berasaskan teks dari Indonesia. Antara maklumat yang dimuatkan ialah varieti yang disyorkan, kaedah penanaman, penyakit dan serangga, tempoh kematangan dan pungutan hasil, serta analisa ekonomi bagi penanaman sehektar, dan sebagainya. Maklumat dan data dalam buku ini dibuat hasil rujukan daripada Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani, Jabatan Statistik Malaysia, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan laman sesawang agensi berkaitan, blog, kertas akademik dan buku pertanian. Buku ini dilengkapi dengan infografik yang sangat menarik dan mampu menarik pembaca untuk meneruskan pembacaan hingga ke akhir. Juga diselitkan surah dari Al-Quran yang berkaitan dengan kiatan pertanian. Di akhir buku dipaparkan ringkasan produk dan perkhidmatan yang di tawarkan oleh Agrobank.

Upcoming Activities

Sarawakiana Festival 2025 08 Dec 2025


View All Activities