EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

TENGGELAMNYA KAPAL Van Der Wijck

image description
Call no.
: 899.2213/HAW
Author
: Haji Abdul Malik Karim Amrullah (Hamka)
Contributor
: Affendi Bin Iezara
Summary
Buku ini menceritakan kisah Zainuddin yang punyai ayah asal Minangkabau, dan ibu Makasar. Di Makasar dia dianggap orang Minangkabau lalu tidak diterima bergaul. Apabila dia sudah menjadi yatim piatu, dia berangkat pula ke ranah Minang. Di sana, dia dianggap pula sebagai orang Makasar. Tidak juga diterima. Itu membuat dia dipencilkan, lalu tersudut di suatu wilayah yang sepi. Sehinggalah dia bertemu dengan Hayati. Gadis yang digelar bunga Batipuh. Hayati sahaja yang sudi berkawan dengan dia. Mereka berbalas-balas surat. Yang akhirnya itu berubah menjadi cinta. Cinta itu yang baru pucuk, rupa-rupanya akan dilanda badai. Ranah Minang yang kuat berpegang dengan adat, membuatkan Zainuddin tidak diterima. Pedihnya hati pada ketika hadirnya pula orang ketiga, Aziz, yang hampir sempurna. Malah diterima baik oleh keluarga Hayati. Hal ini menyebakan Zainuddin pergi membawa diri dengan rakanya Bang Muluk, dan menjadi seorang penulis yang terkenal sehingga dipertemukan kembali dengan Hayati. Itulah mulanya perit cinta, dan berhujung pada tenggelamnya Kapal Van Der Wijck yang menyebabkan Hayati meninggal dunia.

Upcoming Activities

Sarawakiana Festival 2025 08 Dec 2025


View All Activities