EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

I Am Me : Rahsia Niaga Ds Vida

image description
Call no.
: 650.1082/ZIN
Author
: Zinitulniza Abdul Kadir
Contributor
: Awang Yunos Bin Awang Husain
Summary
Buku ini bukan biografi Dato` Seri Vida tetapi lebih kepada kompilasi pengalaman beliau dalam menguruskan perniagaan, perkongsian rahsia, tips, pengajaran dan rasional tingkah laku tertentu beliau sehingga berjaya menempatkan dirinya sebagai jutawan. Sejak Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-29 pada Januari 2015, penampilan Dato` Seri Vida (DSV) dengan cincin besar bermahkota, aksi gedik menyakitkan hati, dan sebutan dialog jengkel, "Qu Puteh, Qu Puteh, barulah putih...." ibarat jarum panjang ditusuk masuk hingga terpanah terus di fikiran seluruh warga Malaysia. Qu Puteh malam itu seperti "menjajah" negara, dan DSV sekelip mata tular sebagai subjek sensasi, sekali gus menjadi bahan senda dan parodi komedi. Namun, pernahkah kita tahu bahawa semua itu bukan aksi spontan DSV, tetapi sebaliknya dirancang setahun lebih awal, dan dipersembahkan begitu selepas mengkaji "human attitude" dan psikologi tingkah laku pengguna. Hasilnya, selepas sehari AJL29, jualan Qu Puteh mencanak naik, permintaan masuk tanpa henti, dan hasil keuntungan mencatat peningkatan berlipat kali ganda! Itu bagaimanapun hanya cebisan daripada keseluruhan siri pengalaman DSV yang dikumpul menerusi 15 bab buku ini. Setiap bab mengupas pengalaman DSV sepanjang penglibatan beliau dalam bidang perniagaan.

Upcoming Activities

Sarawakiana Festival 2025 08 Dec 2025


View All Activities