EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Alegori : Ekspresi Seni Kontemporari Berasaskan Manuskrip Melayu = Contemporary Art Expressions from Malay Manuscripts

image description
Call no.
: 746.6709595 / EKS
Contributor
: Awang Yunos Bin Awang Husain
Summary
Kompilasi koleksi esei mengenai manuskrip Melayu yang mencerminkan minda dan kebijaksanaan masyarakat Melayu dan penuh dengan panduan hidup dan mesej tersirat. Esei yang terkandung dalam buku ini ditulis oleh 12 individu dari pelbagai latar belakang: Annabel Teh-Gallop, Din Choo Ming, Harun Mat Piah, Jelani Harun, Profesor Emeritus Muhammad Haji Salleh, Profesor Muhammad Zainiy Uthman, Nisah Haron, T. Denisova, Wan Mohd Dasuki Wan Hasbullah, Siti Radziah Mustafa, Badrolhisham Mohamad Tahir dan Muhammad Pauzi Abd Latif. Penerbitan buku ini sempena Pameran Alegori Contemporary Art Expressions from Malay Manuscripts yang diadakan di Galeri Petronas pada 14 November 2017 hingga 4 Februari 2018 Buku ini juga menerangkan secara terperinci subjek sains seperti kenegaraan, pembuatan dan senjata, navigasi dan astronomi, amalan perubatan serta sejarah dan kesusasteraan. Buku ini juga disertai dengan gambar-gambar seni, artifak dan manuskrip yang memberi buku ini sebagai satu keistimewaan. Ditulis dalam dua bahasa iaitu bahasa Malaysia dan English.

Upcoming Activities

Sarawakiana Festival 2025 08 Dec 2025


View All Activities