Antologi Cerpen Penerima Anugerah S.E.A. Write Malaysia- Thailand
Antologi Cerpen Penerima Anugerah S.E.A. Write Malaysia- Thailand
Call no.
: 899.233010803 ANT
Author
: Penyelenggara SM Zakir
Contributor
: Georgiana Usun Jok
Summary
Penerbitan Antologi Cerpen Penerima Anugerah S.E.A. Write Malaysia-Thailand ini adalah antara usaha yang diikhtiarkan oleh ITBM dan Dana Kanokphong Songsomphan untuk mengeratkan hubungan dua negara berjiran – Malaysia dan Thailand – melalui sastera. Dalam konteks ini, 14 buah karya cerpen daripada 14 orang penulis yang pernah menerima SEA Write Award daripada kedua-dua buah negara (tujuh orang daripada setiap negara) telah dipilih. Masing-masing karya menggarapkan isu yang berbeza tetapi mempunyai aroma serantau yang apabila dihalusi akan menjumpai satu titik temu kerana kesenian yang baik selalu tepu dengan maksud yang lebih baik daripada rupa bentuk fizikalnya.
Dengan pilihan tujuh karya terbaik, buku ini akan dapat menjadi momentum yang bertenaga dalam melonjakkan lagi mutu sastera kita. Kesemua tujuh cerpen S.E.A. Write Award dari Malaysia, diatur dan disusun bukan sahaja melengkapi keperluan pemikiran, aliran, geografi, gender dan estetika; tetapi juga melihat perkembangan sastera Malaysia dari segi kronologi masa sekali gus memberikan gambaran tentang dunia sastera Malaysia.