Buku ini memberi pembaca peluang untuk mengenali perbuatan atau tingkah laku seharian kita yang bleh membawa pahala. Allah s.w.t. telah memberikan untuk manusia banyak cara untuk meraih reda-Nya. Kita perlu menghakiskan pemikiran yang menganggap remeh terhadap amalan kecil dan hanya menunggu peluang untuk melakukan amalan besar yang mungkin jarang dilakukan atau hanya pada tempoh tertentu sahaja.
Ramai dalam kalangan kita yang tidak tahu bahawa amalan kebaikan kecil yang sering dilakukan setiap hari itu, besar pahalanya jika dilakukan secara istiqamah atau berterusan. Antaranya adalah zikir, bersilaturrahim, senyum, memberi salam, berjabat tangan, memuliakan tetamu, memberi pinjaman, menziarahi orang sakit, mendoakan orang lain, sentiasa bermanis muka, membuang benda-benda yang menghalang jalan dan banyak lagi amalan yang sudah menjadi kebiasaan dalam kehidupan harian kita.