EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

COLOUR ATLAS OF HUMAN ANATOMY

image description
Call no.
: 611.00222 COL
Author
: DR. JORDI RANCANO FERREIRO
Contributor
: Fatin Fahsha Binti Adenan
Summary
Anatomi dan fisiologi adalah ilmu yang mempelajari urai tubuh beserta fungsinya, masih banyak mahasiswa kesihatan yang kurang minat membaca terutama tentang anatomi dan fisiologi kerana buku-buku dengan tema tersebut dianggap sukar difahami, namun bagi pelajar yang belajar di dalam bidang perubatan mahupun bekerja sebagai petugas di dalam bidang kesihatan sudah menjadi kewajipan mereka untuk memahami dam mengerti ilmu asas ini. Anatomi perlu difahami kerana ia merupakan asas kepada kerja yang mereka lakukan. Anatomi lebih dikenal sebagai ilmu urai tubuh manusia yang mempelajari bentuk dan susunan tubuh manusia secara normal, sedangkan fisiologi adalah ilmu yang mempelajari fungsi atau kerja tubuh secara normal. Tubuh manusia terbentuk atas sel jaringan, organ. Sel adalah bahagian terkecil dari makhluk hidup yang hanya dapat dilihat dengan mikroskop. Jaringan adalah kumpulan dari beberapa sel yang mempunyai fungsi dan bentuk yang sama, bekerja sama sebagai satu kesatuan, misalnya jaringan ikat, jaringan saraf. Organ adalah kumpulan dari beberapa jaringan yang menjadi satu dan mempunyai fungsi khusus misal jantung , hati dan ginjal. Buku ini menarik dibaca kerana gambar rajah disertakan sekali dengan huraian dan fungsi setiap organ serta diselitkan juga maklumat-maklumat mengenai penyakit-penyakit yang boleh menyerang setiap organ manusia. Bagi saya yang sangat meminati tentang tubuh badan, buku ini amat sesuai dan mudah untuk kita fahami kerana ia memberi pengetahuan mengenai jenis-jenis dan fungsi-fungsi anatomi dan fisiologi tubuh manusia secara terperinci.

Upcoming Activities

Sarawakiana Festival 2025 08 Dec 2025


View All Activities