Pembongkaran tentang kewujudan Laksama Hang Tuah semasa kegemilangan Empayar Melaka dihuraikan secara terperinci di dalam buku Hang Tuah : Catatan Okinawa ini. Pembuktian ini adalah hasil daripada kajian pengarang yang dijalankan di Okinawa dengan bantuan Kementerian Pendidikan Jepun. Catatan Empayar Ryukkyu (Okinawa) dan penemuan arkeologi membuktikan bahawa Hang Tuah wujud. Hubungan diplomatik antara Empayar Melaka dengan Empayar Ryukyu jelas tercatat di dalam Rekidai Hoan - sebuah dokumen sejarah yang diperakui kesahihan oleh para sarjana. Dicatatkan juga bahawa Laksamana Hang Tuah adalah diplomat Empayar Melaka ke India, Turki dan Patani. Pengaruh dan kekuatannya diperakui pelbagai pihak seantero dunia.