EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

MENGURUS SISA PEPEJAL DI RUMAH

image description
Call no.
: 628.44SHA
Author
: SHARIFAH NORKHADIJAH SYED ISMAIL
Contributor
: Mohd Bakhtiar Haji Supardi
Summary
Buku ini mempunyai enam bab yang secara umumnya membincangkan beberapa kaedah atau tips mengurus pepejal di rumah. Dalam membincangkan isu tersebut, penulis menghuraikan maklumat dan data ilmiah dengan menggunakan bahasa yang mudah digahami oleh setiap lapisan pembaca. Dalam bab pertama, penulis memberikan pengenalan terhadap sisa pepejal dan cara pengurusannya. Tujuannya adalah untuk memberi kesedaran kepada pembaca sekirany ia tidak diurus dengan betul maka ia boleh mendatangkan kesan negatif kepada kesihatan manusia dan keseimbangan alam sekitar. Dalam bab kedua, penulis membahagikan kaedah pelupusan kepada 4 iaitu : tapak pelupusan sampah, insinerator (tempat pembakaran sampah), pengkomposan dan kitar semula. Pengurusan kaedah pelupusan yang tidak cekap akan mengakibatkan pencemaran kepada tanah sekaligus mengancam kesihtan manusia dan ekosistem yang terdedah. Penulis membincangkan kesan tapak pelupusan sisa pepejal kepada alam sekitar dan kesihatan manusia dalam bab ketiga. Tapak pelupusan direkabentuk dengan tebatan lapisan dibahagian bawah bagi mencegah kebocoran air larut resap ke dalam tanah. Air sampah akan mengalir kepuar dari sampah melalui proses pemampatan dan pemadatan di tapak pelupusan. Ini menyebabkan air sampah mendap kedalam tanah dan mencemarkan sumber air bawah tanah. Secara kesimpulannya, pembukaan tapak pelupusan secara meluas boleh menyebabkan pencemaran kepada alam sekitar dan mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan manusia. Oleh itu, kaedah menguruskan sisa pepejal yang praktikal di rumah diperkenalakan bagi mengatasi masalah ini. Seterusnya, dalam bab keempat dan kelima, bagi mengurangkan masalah ini penulis menyarankan untuk menggunakan konsep 3R di rumah dimana ia bukanlah sesuatu yang asing. Antara tips lain adalah mengasingkan komposisi sampah, guna semula seboleh mungkin, mengkitar semula, dan membuat jualan but kereta. Dalam bab terakhir iaitu yang keenam, penulis memberitahu kitar semula merupakan salah satu misi untuk menyelamatkan bumi tanpa kita sedar. Tanpa kesedaran yang tinggi, kelestarian alam sekitar tidak dapat dipelihara seterusnya tidak dapat dinikmati untuk generasi akan datang.

Upcoming Activities

Sarawakiana Festival 2025 08 Dec 2025


View All Activities