EN | MY
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Sayang 3 dalam 1

image description
Call no.
: MF 899.2333 WEE
Author
: WEEDA AIRIZA
Contributor
: Fatin Fahsha Binti Adenan
Summary
Di dalam jalan cerita novel ini,saya amat tertarik dengan keakraban Aryana dengan abang-abangnya. Mereka sungguh memahami serta protective terhadapnya. Sikap Arel pula membingungkan. Mula-mula ada tunjuk rasa suka terhadap Aryana tetapi bila saja dia berkata dia ingin memperisterikan Aryana, dia senyap. Rasa tanda-tanya itu berlanjutan hingga mereka diijabkabulkan dan hingga mereka diubati secara pengubatan Islam. Mengapa terlalu lama. Sikap Qaisara serta Kak Long Erlina pula tidak ada siapa yang berani menegur. Menjengkelkan! Peranan orang-tua di dalam cerita ini terlalu sedikit. Yang meyerlah adalah peranan abang-abang Aryana serta Aryana sendiri. Suka saya simpulkan di sini, Aryana merupakan sebutir permata buat abang-abang nya. Beliau di tatang bagai minyak yang penuh walaupun setelah beliau bergelar isteri. Bagi saya novel ini sangat baik untuk dibaca kerana ianya bukan sahaja mengetengahkan tentang konflik pasangan yang mendapat tentangan dari ipar duai, malah ianya turut mengetengahkan tentang keakraban hubungan adik beradik di dalam sesebuah keluarga.