EN | MY
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

KISAH ABU NAWAS : ISTERI UNTUK ANAKNYA

image description
Call no.
: JMF 398.2 HAR
Author
: HARPREET KAUR
Contributor
: Khuzainah Binti Khalid
Summary
Pada pandangan saya, buku yang bertajuk “Kisah Abu Nawas : Isteri Untuk Anaknya” karya Harpreet Kaur ini mempunyai pelbagai faktor-faktor yang menarik, antaranya hiasan kulit buku, jumlah muka surat, isi kandungan di dalam buku dan kesesuaian buku kepada kelompok masyarakat tertentu. Hiasan kulit buku ini dihiasi dengan imej-imej kartun seorang lelaki tua dan seorang lelaki muda sedang bercakap beserta warna yang terang dan jelas. Hiasan kulit buku amat memainkan peranan yang penting dalam menarik perhatian pembaca, terutama sekali kanak-kanak yang suka akan kisah-kisah tauladan Abu Nawas. Selain itu, buku ini mengandungi 24 muka surat yang dicetak rapi, kemas dan padat. Cetakan muka surat yang rapi dan kemas amat penting untuk menarik minat pembaca agar pembaca mudah untuk memahami konteks di dalam penggunaan ayat dan mempercepatkan proses pembelajaran. Di samping itu, isi kandungan buku ini mengandungi kisah tentang Abu Nawas yang sedaya upaya mecari isteri yang baik dan solehah buat anak lelakinya. Kisah ini juga dilengkapi dengan pengajaran yang amat bagus dan setiap muka surat diwarnakan serta penggunaan imej yang banyak bagi menarik golongan kanak-kanak untuk membaca. Akhir sekali, buku ini secara keseluruhannya berfokuskan kepada kanak-kanak. Kisah di dalam buku cerita sarat dengan pengajaran tentang kekeluargaan dan amat sesuai sekali untuk kanak-kanak agar nilai-nilai murni di dalam buku ini terus diikuti dan menjadi budaya dalam masyarakat kita.