EN | MY
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

KISAH MANGKUK KAYU DAN LOGAM

image description
Call no.
: JMF 398.2 HAR
Author
: HAMDAN MOHD. ALI
Contributor
: Khuzainah Binti Khalid
Summary
Pada pandangan saya, buku yang bertajuk “Kisah Mangkuk Kayu Dan Logam” karya Hamdan Mohd. Ali ini mempunyai pelbagai faktor-faktor yang menarik, antaranya hiasan kulit buku, jumlah muka surat, isi kandungan di dalam buku dan kesesuaian buku kepada kelompok masyarakat tertentu. Hiasan kulit buku ini dihiasi dengan imej kartun seorang lelaki sedang melihat magkuk kayu dan mangkuk logam di atas pokok beserta warna yang terang dan jelas. Hiasan kulit buku amat memainkan peranan yang penting dalam menarik perhatian pembaca, terutama sekali kanak-kanak yang suka akan kisah-kisah tauladan dan dongeng. Selain itu, buku ini mengandungi 30 muka surat yang dicetak rapi, kemas dan padat. Cetakan muka surat yang rapi dan kemas amat penting untuk menarik minat pembaca agar pembaca mudah untuk memahami konteks di dalam penggunaan ayat dan mempercepatkan proses pembelajaran. Di samping itu, isi kandungan buku ini mengandungi kisah tentang seorang lelaki yang bernama Sudin yang menemui dua mangkuk ajaib yang boleh memenuhi permintaan Sudin. Kisah ini juga dilengkapi dengan pengajaran yang amat bagus dan setiap muka surat diwarnakan serta penggunaan imej yang banyak bagi menarik golongan kanak-kanak untuk membaca. Akhir sekali, buku ini secara keseluruhannya berfokuskan kepada kanak-kanak. Kisah di dalam buku cerita sarat dengan pengajaran tentang kekeluargaan, kesyukuran serta prihatin dan amat sesuai sekali untuk kanak-kanak agar nilai-nilai murni di dalam buku ini terus diikuti dan menjadi budaya dalam masyarakat kita.