EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

MEMBACA FIKIRAN SYAITAN

image description
Call no.
: 297.216 MUH
Author
: MUHAMMAD MUHIBBUDDIN
Contributor
: Khuzainah Binti Khalid
Summary
Pada pandangan saya, buku yang bertajuk “Membaca Fikiran Syaitan” karya Muhammad Muhibbuddin ini mempunyai pelbagai faktor-faktor yang menarik, antaranya hiasan kulit buku, jumlah muka surat, isi kandungan di dalam buku dan kesesuaian buku kepada kelompok masyarakat tertentu. Hiasan kulit buku ini dihiasi dengan imej seorang lelaki yang sedang mencuba untuk membaca fikiran syaitan. Hiasan kulit buku amat memainkan peranan yang penting dalam menarik perhatian pembaca, terutama sekali individu-individu yang ingin mempelajari dan mengetahui tipu helah syaitan yang sentiasa ingin mencari jalan untuk menyesatkan manusia. Selain itu, buku ini mengandungi 184 muka surat yang dicetak rapi, kemas dan padat. Cetakan muka surat yang rapi dan kemas amat penting untuk menarik minat pembaca agar pembaca mudah untuk memahami konteks di dalam penggunaan ayat dan mempercepatkan proses pembelajaran. Di samping itu, isi kandungan buku ini mengandungi cara-cara untuk mengelak tipu daya syaitan, stratergi untuk menangkis muslihat syaitan dan cara-cara membentengi diri jadi menjadi mangsa tipu helah syaitan untuk diaplikasikan di dalam kehidupan seharian beserta huraian-huraian yang panjang, lengkap dan padat bagi memberikan pemahaman yang jelas kepada pembaca. Tips-tips dan cara-cara ini juga dikukuhkan dengan hadis dan ayat suci Al-Quran oleh penulis bagi menambahkan keyakinan pembaca untuk mempraktikkan tips-tips yang telah diberikan tanpa rasa ragu-ragu. Akhir sekali, buku ini secara keseluruhannya berfokuskan kepada pelbagai lapisan masyarakat. Panduan-panduan di dalam buku ini amat relevan dan berteras lantas boleh dijadikan sebagai rujukan kepada seseorang individu untuk mengelak dari menjadi mangsa tipu daya syaitan lantas membentengi diri diri dari terjerumus ke lembah dosa dan nista.