EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

MENGEKALKAN JANTUNG SIHAT

image description
Call no.
: JM 613 NUR
Author
: NURUL AIN AMIRNUR RASHID
Contributor
: Khuzainah Binti Khalid
Summary
Pada pandangan saya, buku yang bertajuk “Mengekalkan Jantung Sihat” karya Nurul Ain Amirnur Rashid ini mempunyai pelbagai faktor-faktor yang menarik, antaranya hiasan kulit buku, jumlah muka surat, isi kandungan di dalam buku dan kesesuaian buku kepada kelompok masyarakat tertentu. Hiasan kulit buku ini dihiasi dengan imej-imej orang yang sedang bersukan dan dimurnikan dengan warna yang terang dan jelas. Hiasan kulit buku amat memainkan peranan yang penting dalam menarik perhatian pembaca, terutama sekali individu-individu yang ingin menambah pengetahuan dan informasi tentang cara-cara untuk mengekalkan jantung yang sihat dan cergas. Selain itu, buku ini mengandungi 40 muka surat yang dicetak rapi, kemas dan padat. Cetakan muka surat yang rapi dan kemas amat penting untuk menarik minat pembaca agar pembaca mudah untuk memahami konteks di dalam penggunaan ayat dan mempercepatkan proses pembelajaran. Di samping itu, isi kandungan buku ini mengandungi pelbagai jenis informasi tentang jenis-jenis penyakit jantung, cara-cara mencegah sakit jantung, tindakan-tindakan yang boleh diambil sekiranya mengalami sakit jantung dan informasi-informasi tambahan tentang jantung beserta huraian-huraian yang panjang, lengkap dan padat bagi memberikan pemahaman yang jelas kepada pembaca. Huraian-huraian juga dilengkapi dengan imej-imej dan gambar yang menarik bagi memudahkan para pembaca untuk berimaginasi dan memudahkan pemahaman tentang istilah yang digunakan oleh penulis. Akhir sekali, buku ini secara keseluruhannya berfokuskan kepada seluruh lapisan masyarakat. Panduan-panduan di dalam buku ini amat relevan dan berteras lantas boleh dijadikan sebagai rujukan kepada individu-individu yang ingin menambah informasi dan pengetahuan tentang jantung dan kedoktoran untuk kebaikan pada masa hadapan.