EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

PEMERDAGANGAN MANUSIA

image description
Call no.
: JM 364 NAD
Author
: NADA HAIFAA
Contributor
: Khuzainah Binti Khalid
Summary
Pada pandangan saya, buku yang bertajuk “Pemerdagangan Manusia” karya Nada Haifaa ini mempunyai pelbagai faktor-faktor yang menarik, antaranya hiasan kulit buku, jumlah muka surat, isi kandungan di dalam buku dan kesesuaian buku kepada kelompok masyarakat tertentu. Hiasan kulit buku ini dihiasi dengan imej seseorang menghulurkan wang, jantung manusia dan bayi-bayi serta gabungan warna ungu dan putih. Hiasan kulit buku amat memainkan peranan yang penting dalam menarik perhatian pembaca, terutama sekali individu-individu yang ingin mengetahui ap aitu pemerdagangan manusia. Selain itu, buku ini mengandungi 44 muka surat yang dicetak rapi, kemas dan padat. Cetakan muka surat yang rapi dan kemas amat penting untuk menarik minat pembaca agar pembaca mudah untuk memahami konteks di dalam penggunaan ayat dan mempercepatkan proses pembelajaran. Di samping itu, isi kandungan buku ini mengandungi pelbagai jenis informasi tentang jenis pemerdagangan manusia beserta huraian-huraian yang panjang, lengkap dan padat bagi memberikan pemahaman yang jelas kepada pembaca. Cara-cara dan penyelesaian masalah hutang ini juga dikukuhkan dengan bukti-bukti aktiviti pemerdagangan manusia yang berlaku pada hari ini. Akhir sekali, buku ini secara keseluruhannya berfokuskan kepada pelbagai lapisan masyarakat. Panduan-panduan di dalam buku ini amat relevan dan berteras lantas boleh dijadikan sebagai rujukan kepada seseorang individu untuk mengetahui info tentang pemerdagangan manusia dan sentiasa berjaga-jaga dengan persekitaran.