EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

REMAJA BIJAK BELANJA

image description
Call no.
: 332.02400835 SYU
Author
: SYUHAILI OTHMAN/AMALUDIN AB. RAHMAN
Contributor
: Khuzainah Binti Khalid
Summary
Pada pandangan saya, buku yang bertajuk “Remaja Bijak Belanja” karya Syuhaili Othman dan Amaludin Ab. Rahman ini mempunyai pelbagai faktor-faktor yang menarik, antaranya hiasan kulit buku, jumlah muka surat, isi kandungan di dalam buku dan kesesuaian buku kepada kelompok masyarakat tertentu. Hiasan kulit buku ini dihiasi dengan imej seseorang sedang membawa beg membeli-belah dan diwarnai dengan gabungan warna yang elegan dan menarik. Hiasan kulit buku amat memainkan peranan yang penting dalam menarik perhatian pembaca, terutama sekali remaja yang ingin belajar cara untuk menguruskan perbelanjaan dan kewangan. Selain itu, buku ini mengandungi 84 muka surat yang dicetak rapi, kemas dan padat. Cetakan muka surat yang rapi dan kemas amat penting untuk menarik minat pembaca agar pembaca mudah untuk memahami konteks di dalam penggunaan ayat dan mempercepatkan proses pembelajaran. Di samping itu, isi kandungan buku ini mengandungi pelbagai jenis informasi tentang cara-cara untuk menguruskan perbelanjaan dan cara-cara untuk menyimpan duit bagi kebaikan masa hadapan beserta huraian-huraian yang panjang, lengkap dan padat bagi memberikan pemahaman yang jelas kepada pembaca. Huraian-huraian tentang cara-cara untuk mengawal perbelanjaan juga disertakan dengan contoh realiti pada masa kini yang sesuai dan relevan susulan keadaan ekonomi yang tidak begitu stabil. Akhir sekali, buku ini secara keseluruhannya berfokuskan kepada golongan remaja. Panduan-panduan di dalam buku ini amat relevan dan berteras lantas boleh dijadikan sebagai rujukan kepada remaja-remaja yang mengambil serius dan ingin bijak dalam mengawal perbelanjaan serta melakukan simpanan buat kegunaan pada masa hadapan.