EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

REMAJA DAN PERMASALAHAN DADAH

image description
Call no.
: TM 362.290835 REM
Author
: AFZAN AYUB
Contributor
: Khuzainah Binti Khalid
Summary
Pada pandangan saya, buku yang bertajuk “Remaja Dan Permasalahan Dadah” karya Afzan Ayub ini mempunyai pelbagai faktor-faktor yang menarik, antaranya hiasan kulit buku, jumlah muka surat, isi kandungan di dalam buku dan kesesuaian buku kepada kelompok masyarakat tertentu. Hiasan kulit buku ini dihiasi dengan imej remaja-remaja yang aktif dan remaja-remaja yang terjebak dengan kancah dadah serta gabungan warna ungu, hijau dan putih. Hiasan kulit buku amat memainkan peranan yang penting dalam menarik perhatian pembaca, terutama sekali individu-individu yang ingin mengetahui punca-punca kepada permasalahan dadah yang beredar dalam kalangan remaja. Selain itu, buku ini mengandungi 44 muka surat yang dicetak rapi, kemas dan padat. Cetakan muka surat yang rapi dan kemas amat penting untuk menarik minat pembaca agar pembaca mudah untuk memahami konteks di dalam penggunaan ayat dan mempercepatkan proses pembelajaran. Di samping itu, isi kandungan buku ini mengandungi pelbagai jenis informasi tentang cara-cara dadah mempengaruhi dan beredar dalam kalangan belia pada masa kini beserta huraian-huraian yang panjang, lengkap dan padat bagi memberikan pemahaman yang jelas kepada pembaca. Aktiviti dadah ini juga dikukuhkan dengan bukti-bukti aktiviti penagihan dadah di rumah-rumah kosong, di Lorong mahupun di institusi pendidikan yang berlaku pada hari ini. Akhir sekali, buku ini secara keseluruhannya berfokuskan kepada pelbagai lapisan masyarakat. Panduan-panduan di dalam buku ini amat relevan dan berteras lantas boleh dijadikan sebagai rujukan kepada seseorang individu untuk mengetahui info tentang bagaimana dadah menjadi punca kepada keruntuhan moral remaja masa kini dan cara-cara membendungnya.