EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

SYAFAAT PENYELAMAT UMAT DI AKHIRAT

image description
Call no.
: 297.57 SYA
Author
: AHMAD MUHAMMAD
Contributor
: Khuzainah Binti Khalid
Summary
Pada pandangan saya, buku yang bertajuk “Syafaat Penyelamat Umat Di Akhirat” karya Ahmad Muhammad ini mempunyai pelbagai faktor-faktor yang menarik, antaranya hiasan kulit buku, jumlah muka surat, isi kandungan di dalam buku dan kesesuaian buku kepada kelompok masyarakat tertentu. Hiasan kulit buku ini dihiasi dengan imej seorang lelaki yang sedang membaca kitab suci Al- Quran dan hadis dari Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh H.R. Muslim. Hiasan kulit buku amat memainkan peranan yang penting dalam menarik perhatian pembaca, terutama sekali individu-individu yang ingin mempelajari amalan-amalan orang soleh untuk mendapatkan syafaat Nabi Muhammad S.A.W di akhirat kelak. Selain itu, buku ini mengandungi 189 muka surat yang dicetak rapi, kemas dan padat. Cetakan muka surat yang rapi dan kemas amat penting untuk menarik minat pembaca agar pembaca mudah untuk memahami konteks di dalam penggunaan ayat dan mempercepatkan proses pembelajaran. Di samping itu, isi kandungan buku ini mengandungi amalan-amalan khusus, pengenalan kepada jenis-jenis syafaat yang diberikan oleh Nabi Muhammad S.A.W kepada umatnya dan proses-proses hisab di padang masyar kelak untuk diaplikasikan di dalam kehidupan seharian beserta huraian-huraian yang panjang, lengkap dan padat bagi memberikan pemahaman yang jelas kepada pembaca. Tips-tips dan cara-cara ini juga dikukuhkan dengan hadis dan ayat suci Al-Quran oleh penulis bagi menambahkan keyakinan pembaca untuk mempraktikkan amalan-amalan yang telah diberikan tanpa rasa ragu-ragu. Akhir sekali, buku ini secara keseluruhannya berfokuskan kepada pelbagai lapisan masyarakat. Panduan-panduan di dalam buku ini amat relevan dan berteras lantas boleh dijadikan sebagai rujukan kepada seseorang individu untuk mempraktikkan amalan-amalan yang boleh mendatangkan syafaat Rasulullah S.A.W di akhirat kelak.