EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

UBAT HATI

image description
Call no.
: 297.57 SIT
Author
: SITI NOR BAHYAH MAHAMOOD
Contributor
: Khuzainah Binti Khalid
Summary
Pada pandangan saya, buku yang bertajuk “Ubat Hati” karya Siti Nor Bahyah Mahamood ini mempunyai pelbagai faktor-faktor yang menarik, antaranya hiasan kulit buku, jumlah muka surat, isi kandungan di dalam buku dan kesesuaian buku kepada kelompok masyarakat tertentu. Hiasan kulit buku ini dihiasi dengan imej seorang muslimah kata-kata semangat dan ilmiah dari penulis. Hiasan kulit buku amat memainkan peranan yang penting dalam menarik perhatian pembaca, terutama sekali individu-individu yang ingin mencari ubat kepada hati yang gundah gulana. Selain itu, buku ini mengandungi 98 muka surat yang dicetak rapi, kemas dan padat. Cetakan muka surat yang rapi dan kemas amat penting untuk menarik minat pembaca agar pembaca mudah untuk memahami konteks di dalam penggunaan ayat dan mempercepatkan proses pembelajaran. Di samping itu, isi kandungan buku ini mengandungi jenis-jenis penyakit hati, cara merawat hati yang sakit dan tips motivasi untuk diaplikasikan di dalam kehidupan seharian beserta huraian-huraian yang panjang, lengkap dan padat bagi memberikan pemahaman yang jelas kepada pembaca. Cara pengubatan dan rawatan ini juga dikukuhkan dengan hadis dan ayat suci Al-Quran oleh penulis bagi menambahkan keyakinan pembaca untuk mempraktikkan amalan-amalan yang telah diberikan tanpa rasa ragu-ragu. Akhir sekali, buku ini secara keseluruhannya berfokuskan kepada pelbagai lapisan masyarakat. Panduan-panduan di dalam buku ini amat relevan dan berteras lantas boleh dijadikan sebagai rujukan kepada seseorang individu untuk sentiasa merawat hati dengan penawar-penawar ayat suci Al-Quran dan sentiasa bermotivasi di setiap nafas yang dihela.