EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

ISTERI SOLEHAH PERANCANG RUMAHKU SYURGAKU

image description
Call no.
: 297.577 MUH
Author
: S.A.MAJEED & CO. SDN. BHD.
Contributor
: Khuzainah Binti Khalid
Summary
Pada pandangan saya, buku yang bertajuk “Isteri Solehah Perancang Rumahku Syurgaku” karya Muhammad Husain Isa dan Erna Nurmaya Khalid ini mempunyai pelbagai faktor-faktor yang menarik, antaranya hiasan kulit buku, jumlah muka surat, isi kandungan di dalam buku dan kesesuaian buku kepada kelompok masyarakat tertentu. Hiasan kulit buku ini dihiasi dengan imej bunga-bungaan yang indah serta rama-rama yang hinggap di atasnya dengan gabungan warna yang elegan dan menarik. Hiasan kulit buku amat memainkan peranan yang penting dalam menarik perhatian pembaca, terutama sekali para isteri yang ingin menjadi seorang isteri yang solehah serta mithali buat keluarga. Selain itu, buku ini mengandungi 92 muka surat yang dicetak rapi, kemas dan padat. Cetakan muka surat yang rapi dan kemas amat penting untuk menarik minat pembaca agar pembaca mudah untuk memahami konteks di dalam penggunaan ayat dan mempercepatkan proses pembelajaran. Di samping itu, isi kandungan buku ini mengandungi pelbagai jenis tips yang boleh diikut oleh para isteri dan diaplikasikan di dalam kehidupan rumah tangga beserta huraian-huraian yang panjang, lengkap dan padat bagi memberikan pemahaman yang jelas kepada pembaca. Tips-tips ini juga dikukuhkan dengan hadis dan ayat suci Al-Quran oleh penulis bagi menambahkan keyakinan pembaca untuk mempraktikkan amalan-amalan yang telah diberikan tanpa rasa ragu-ragu. Akhir sekali, buku ini secara keseluruhannya berfokuskan kepada para wanita yang bergelar isteri. Panduan-panduan di dalam buku ini amat relevan dan berteras lantas boleh dijadikan sebagai rujukan kepada suami isteri untuk dipraktikkan di dalam kehidupan seharian lantas membangunkan sebuah keluarga yang bahagia, aman dan harmoni.