EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

SAKARATUL MAUT DAN ALAM KUBUR

image description
Call no.
: 297.23 SAK
Author
: ABDUL SYUKUR ABD. RAHMAN
Contributor
: Khuzainah Binti Khalid
Summary
Pada pandangan saya, buku yang bertajuk “Sakaratul Maut Dan Alam Kubur” karya Abdul Syukur Abd. Rahman ini mempunyai pelbagai faktor-faktor yang menarik, antaranya hiasan kulit buku, jumlah muka surat, isi kandungan di dalam buku dan kesesuaian buku kepada kelompok masyarakat tertentu. Hiasan kulit buku ini dihiasi dengan imej gunung-ganang berserta pemandangan langit yang indah. Hiasan kulit buku amat memainkan peranan yang penting dalam menarik perhatian pembaca, terutama sekali individu-individu yang ingin menambah pengetahuan dalam ilmu Islam tentang sakaratul maut dan alam roh. Selain itu, buku ini mengandungi 242 muka surat yang dicetak rapi, kemas dan padat. Cetakan muka surat yang rapi dan kemas amat penting untuk menarik minat pembaca agar pembaca mudah untuk memahami konteks di dalam penggunaan ayat dan mempercepatkan proses pembelajaran. Di samping itu, isi kandungan buku ini mengandungi pelbagai jenis info tentang perjalanan roh pada alam selepas mati beserta huraian-huraian yang panjang, lengkap dan padat bagi memberikan pemahaman yang jelas kepada pembaca. Penjelasan ini juga dikukuhkan dengan hadis dan ayat suci Al-Quran oleh penulis bagi menambahkan pemahaman yang jelas kepada pembaca untuk memahami akan penjelasan dan penceritaan yang dihuraikan berdasarkan tafsiran alim ulama. Akhir sekali, buku ini secara keseluruhannya berfokuskan kepada semua golongan masyarakat. Penjelasan-penjelasan di dalam buku ini amat relevan dan berteras lantas boleh dijadikan sebagai rujukan kepada individu-individu yang ingin mempelajari ilmu Islam tentang sakaratul maut dan alam roh lebih mendalam.