EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

80 RAHSIA JIN, SYAITAN & IBLIS

image description
Call no.
: 297.217 ABD
Author
: ABDUR RAHMAN SYUKUR
Contributor
: Khuzainah Binti Khalid
Summary
Pada pandangan saya, buku yang bertajuk “80 Rahsia Jin, Syaitan Dan Iblis” karya Abdur Rahman Syukur ini mempunyai pelbagai faktor-faktor yang menarik, antaranya hiasan kulit buku, jumlah muka surat, isi kandungan di dalam buku dan kesesuaian buku kepada kelompok masyarakat tertentu. Hiasan kulit buku ini dihiasi dengan imej makhluk-makhluk yang mengerikan yang digambarkan sebagai syaitan dan jin serta gabungan warna merah yang marak. Hiasan kulit buku amat memainkan peranan yang penting dalam menarik perhatian pembaca, terutama sekali individu-individu yang ingin menambah pengetahuan dalam ilmu Islam tentang rahsia jin, syaitan dan iblis. Selain itu, buku ini mengandungi 216 muka surat yang dicetak rapi, kemas dan padat. Cetakan muka surat yang rapi dan kemas amat penting untuk menarik minat pembaca agar pembaca mudah untuk memahami konteks di dalam penggunaan ayat dan mempercepatkan proses pembelajaran. Di samping itu, isi kandungan buku ini mengandungi pelbagai jenis info tentang rahsia-rahsia jin dan syaitan beserta huraian-huraian yang panjang, lengkap dan padat bagi memberikan pemahaman yang jelas kepada pembaca. Penjelasan ini juga dikukuhkan dengan hadis dan ayat suci Al-Quran oleh penulis bagi menambahkan pemahaman yang jelas kepada pembaca tentang sifat-sifar jin, asal usul jin, tugas-tugas jin dan sebagainya serta penceritaan yang dihuraikan berdasarkan tafsiran alim ulama. Akhir sekali, buku ini secara keseluruhannya berfokuskan kepada semua golongan masyarakat. Penjelasan-penjelasan di dalam buku ini amat relevan dan berteras lantas boleh dijadikan sebagai rujukan kepada individu-individu yang ingin mempelajari ilmu Islam tentang rahsia golongan jin dan syaitan.