EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

JANGAN DERHAKA

image description
Call no.
: 297.577 MOH
Author
: MOHAMMAD NIDZAM ABDUL
Contributor
: Khuzainah Binti Khalid
Summary
Pada pandangan saya, buku yang bertajuk “Jangan Derhaka” karya Mohammad Nidzam Abdul Kadir ini mempunyai pelbagai faktor-faktor yang menarik, antaranya hiasan kulit buku, jumlah muka surat, isi kandungan di dalam buku dan kesesuaian buku kepada kelompok masyarakat tertentu. Hiasan kulit buku ini dihiasi dengan imej kartun kapal dan seekor ikan serta gabungan warna biru dan putih yang elegan dan menarik. Hiasan kulit buku amat memainkan peranan yang penting dalam menarik perhatian pembaca, terutama sekali individu-individu yang ingin menambah pengetahuan dalam ilmu Islam tentang prinsip seorang anak dalam memahami kewajipan ibu bapa. Selain itu, buku ini mengandungi 164 muka surat yang dicetak rapi, kemas dan padat. Cetakan muka surat yang rapi dan kemas amat penting untuk menarik minat pembaca agar pembaca mudah untuk memahami konteks di dalam penggunaan ayat dan mempercepatkan proses pembelajaran. Di samping itu, isi kandungan buku ini mengandungi pelbagai jenis info tentang kewajipan-kewajipan anak dalam menghormati ibu bapa beserta huraian-huraian yang panjang, lengkap dan padat bagi memberikan pemahaman yang jelas kepada pembaca. Penjelasan ini juga dikukuhkan dengan hadis dan ayat suci Al-Quran oleh penulis bagi menambahkan pemahaman yang jelas kepada pembaca tentang tuntutan Islam yang menekankan seorang yang bergelar anak haruslah menjalankan kewajipan ke atas ibu bapa masing-masing yang dihuraikan berdasarkan tafsiran alim ulama. Akhir sekali, buku ini secara keseluruhannya berfokuskan kepada semua golongan masyarakat. Penjelasan-penjelasan di dalam buku ini amat relevan dan berteras lantas boleh dijadikan sebagai rujukan kepada individu-individu yang mahu menambah ilmu dan menjadi seorang anak yang soleh serta solehah