EN | MY
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Listen : Semua Makhluk Boleh Menjadi Guru Asalkan Mahu

image description
Call no.
: 880.82/NUR
Author
: Nurul Amirah Abdul Rahim
Contributor
: Zuwahir Binti Ilias
Summary
Penulis, Nurul Amirah Abdul Rahim, Editor Majalah Solusi melalui tagline pada buku ~ Semua Makhluk Boleh Menjadi Guru Asalkan Mahu memang mencabar minda dan diri bermuhasabah. Jarang orang terfikir ibrah dari sekecil-kecil benda yang Allah cipta. Saya suka sekali dengan info, nasihat dan tip yang dikongsikan. Semua terasa benar dan menusuk ke hati. Dua perkara menarik yang boleh dikongsikan bersama adalah : ?Bateri - "Sebagai makhluk hidup, manusia perlu "dicas". Tatkala mendapat signal seperti : Diri semakin seronok berbuat salah. Ibadah tidak lagi terasa indah. Itu sebenarnya petanda hati perlu diisi dengan muhasabah, ilmu dan zikrullah. ?DAI - Menghubungkan Manusia dengan Allah. D - Doa. Doa bukan untuk mengadu masalah sahaja tetapi ia adalah lambang rendahnya taraf manusia yang perlu berharap hanya kepada Allah. A - Al-Quran. Mencari gali makna tersurat dan tersirat dalam al-Quran. I - Ilmu. Semakin belajar semakin rasa kerdil. Moga timbul kesedaran mendekatkan diri kepada Allah.