EN | MY
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Mengurus Sisa Pepejal di Rumah

image description
Call no.
: 628.44 SHA
Author
: Sharifah Norkhadijah Syed Ismail
Contributor
: Mohd. Awis Haji Abu Bakar
Summary
Mengurus Sisa Pepejal Di Rumah merupakan buku panduan umum yang ringkas untuk memberi informasi kepada masyarakat umum berkenaan dengan pengurusan sisa pepejal di rumah. Buku ini ditulis oleh Sharifah Norkhadijah Syed Ismail, seorang yang aktif dalam pengajaran dan penyelidikan berkenaan pengurusan sisa pepejal dan GIS di Universiti Putra Malaysia. Menurut penulis, kita menghasilkan jumlah sisa yang banyak setiap hari. Hampir keseluruhan sisa yang dihasilkan oleh setiap isi rumah tidak melalui proses pengasingan di peringkat awal, yang mana setiap daripada kita melupuskan beribu-ribu tan sampah ke tempat pelupusan sampah setiap hari. Dengan pertambahan penduduk dan ekonomi sesebuah negara, jumlah sisa bertambah saban hari dan turut menambah kesukaran untuk melupuskannya. Oleh itu, penting bagi kita memahami serta mendalami konsep pengasingan sisa seterusnya kitar semula bagi membantu memulihara alam sekitar.