EN | MY
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Mudahnya Bisnes dengan Blogshop

image description
Call no.
: 381.142 ZAM
Author
: Zamri Mohamad
Contributor
: Mohd. Awis Haji Abu Bakar
Summary
Buku ini mengisahkan tentang bagaimana sebagai seorang peniaga kecil, yang selama ini hanya bergerak secara online, dapat mengembangkan lagi capaian dan saiz perniagaan mereka dengan menggunakan servis percuma yang disediakan oleh pihak Google, iaitu blog. Pada hari ini, mereka yang dulu begitu aktif membuat duit dengan blog, sudah mula meninggalkan platform blog satu demi satu, dan fokus kepada platform media sosial lain yang lebih popular, iaitu Facebook. Satu masa dahulu, blog pernah melalui zaman-zaman kegemilangannya. Blog juga pernah menjadi salah satu penyumbang terbesar buat para peniaga kecil yang ingin memperkenal dan mempromosikan perniagaan mereka menggunakan medium internet. Satu konsep yang ingin dibawakan oleh penulis buku ini ialah mulakan dengan apa yang ada di tangan. Walaupun ianya kecil sahaja, namun ia lebih baik berbanding langsung tak lakukan sesuatu. Melalui buku ini, pembaca akan mengetahui dan mempelajari secara langkah demi langkah, apa yang anda perlu tahu, dan apa yang anda patut lakukan bagi menukarkan platform blog percuma yang disediakan oleh blogspot, menjadi mesin buat duit, atau istilah yang digunakan dalam buku ini iaitu Blogshop.