EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

I`m a Backpacker: New Zealand

image description
Call no.
: 919.304 IMA
Author
: Trip Adik Beradik
Contributor
: Mohd. Awis Haji Abu Bakar
Summary
I’m a Backpacker: New Zealand adalah hasil catatan perjalanan Trip Adik Beradik – gabungan beberapa orang yang saya tidak pasti nama sebenar penulis kerana tidak mengandungi nama mereka di mana-mana bahagian buku. Trip Adik Beradik mempunyai akaun Facebook page dan Instagram menggunakan nama yang sama. Buku ini mengandungi rumusan penuh setiap atur cara perjalanan yang disusun atur oleh penulis yang berpengalaman luas dalam mengendalikan lebih daripada 20 trip ke New Zealand. Buku ini bertujuan untuk berkongsi tips dan panduan agar para pembaca mendapat gambaran jelas bagi merancang percutian dan membaca pengalaman penulis sepanjang mengendalikan trip ke New Zealand. Seperti buku backpacker yang lain, buku ini dibahagikan kepada bab; terdapat 5 bab kesemuanya yang dikupas secara terperinci oleh penulis. Buku ini saya syorkan untuk sesiapa yang suka melancong, atau mempunyai perancangan bercuti ke luar negara.