EN | MY
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Penjagaan Kesihatan di Usia Emas

image description
Call no.
: 613.0434 MAD
Author
: Drs Madya Wratsongko, Nor Faridah Sharuddin
Contributor
: Norayah Adenan
Summary
Sudah lumrah, yang muda pasti akan tua. Kecepatan proses penuaan adalah berbeza setiap individu, bergantung kepada bagaimana individu itu mengendalikan proses tersebut. Proses penuaan terjadi kerana wujudnya proses pembahagian sel yang merupakan factor endogenic yang tidak mampu dihalang.Oleh itu tidak hairanlah sekiranya wujud individu yang sudah tua tetapi masih bertenaga. Definisi warga tua di Malaysia ialah apabila seseorang mencecah usia persaraan iaitu pada usia 55 tahun atau pilihan persaraan pada usia 56 tahun. Perubahan fizikal warga tua berlaku bila otot tidak sekuat ketika diusia muda. Lemak dalam badan meningkat akibat penurunan aktiviti fizikal.Jumlah air dalam badan pun berkurangan. Fungsi deria rasa dan bau mula berkurangan. Maka timbullah beberapa jenis penyakit seperti sakit jantung, darah tinggi, sakit sendi, diabetes, strok, kanser, Alzheimer, sembelit dan masaalah pemakanan. Banyak kajian membuktikan kehidupan yang sihat dan pencegahan penyakit mampu diperolehi melalui pemakanan yang tepat dan sempurna. Banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran ternyata sangat bermanfaat dalam mencegah, mengubati dan awet muda serta menghalang penuaan yang wujud sebelum waktunya.