Ulasan saya tentang buku ini ialah buku ini sarat dengan info-info tentang teknik-teknik untuk menjadi ibu bapa yang bertoleransi antara satu sama lain bersama anak-anak. Di samping itu, terdapat juga penerangan tentang isu isu semasa yang dihadapi oleh ibu bapa dalam menguruskan karenah anak seharian.Seterusnya, turut disertakan penerangan dari aspek kawalan ibubapa terhadap aktiviti anak-anak dari segi akademik mahupun kokurikulum . Akhir sekali, penulis juga memberikan tips dan kata-kata semangat untuk ibubapa diluar sana yang masih mempunyai masalah dalam mendidik anak dari segi mental dan fizikal anak-anak. Buku ini mengandungi 256 mukasurat dan dihiasi dengan ilustrari kartun ibu bapa bersama anak-anak pada kulit hadapan dan kulit belakang.