EN | MY
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

I’m a Backpacker: Journal USA

image description
Call no.
: 917.304 HAN
Author
: Hannah On Earth
Contributor
: Mohd. Awis Haji Abu Bakar
Summary
I’m a Backpacker: Journal USA adalah hasil catatan perjalanan Hannah On Hearth. Satu lagi review buku travelog yang saya pilih. Saya suka membaca buku seperti ini kerana membaca pengalaman sebenar penulis seperti mereka berada di hadapan saya dan penggunaan bahasa yang mudah dan ringkas membuatkan saya dapat merasai pengalaman penulis. Travelog ini menarik untuk dibaca. Sebelum ini kita mungkin hanya tahu New York, Washington, Hollywood dan mungkin beberapa tempat lagi, tetapi menerusi buku ini, penulis mengetengahkan negeri-negeri lain dan tempat-tempat menarik yang kita mungkin tidak pernah dengar sebelum ini. Contohnya, Death Valley National Park iaitu taman negara terbesar di Amerika, dan banyak lagi. Penulis juga memasukkan quotes daripada tokoh-tokoh terkenal yang berkaitan dengan pengembaraan. Seperti buku backpacker yang lain, buku ini dibahagikan kepada bab; terdapat 14 bab kesemuanya yang dikupas secara terperinci oleh penulis. Buku ini saya syorkan untuk sesiapa yang suka melancong, atau mempunyai perancangan bercuti ke luar negara.