EN | MY
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Pengakap

image description
Call no.
: JM 371.809595 MAR
Author
: Maryam Umairah
Contributor
: Norayah Adenan
Summary
Buku ini saya pinjam bertujuan untuk dibaca bersama dengan anak istemewa saya sebelum aktiviti kokurikulum sekolah bermula awal tahun ini. Aktiviti ini adalah sesuatu yang baru bagi dia. Untuk memberi gambaran awal mengenai unit beruniform pengakap ini, saya buat social story untuk dia memahami aktiviti ini. Buku ini dapat menarik minat dia kerana banyak gambar bewarna. Ditunjukkan juga pakaian seragam yang digunakan. Dia bertambah bersemangat bila disuruh menyarungkan baju pengakap sambil kami sama-sama melihat aktiviti yang dijalankan aktiviti pengakap dalam buku ini. Saya menerangkan kegiatan yang dilakukan oleh unit beruniform ini berpandukan gambar dan maklumat didalam buku ini. Dia nampak memahami dan bersedia untuk menyertai aktiviti beruniform ini.