EN | MY
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Alegori Rumah Api

image description
Call no.
: 808.2 MAT
Author
: Matluthfi
Contributor
: Mohd. Awis Haji Abu Bakar
Summary
Buku Alegori Rumah Api ini ditulis oleh Matluthfi – seorang Youtuber yang terkenal dengan video-video berunsur nasihat dan kritikan sosial yang mencuit hati. Buku ini terdiri daripada pelbagai cerita, peristiwa, pengalaman, pemikiran dan beberapa perkara yang diketengahkan oleh figura luar negara yang ditulis oleh Matluthfi sendiri. Buku ini disampaikan agak santai walaupun ada beberapa bahagian yang memerlukan pembaca untuk berfikir dengan serius kerana penggunaan bahasa yang ada kalanya saya rasakan sangat kritis yang memerlukan kita berfikir secara mendalam. Kebanyakan cerita dalam buku ini mengandungi unsur-unsur lawak. Jika sesiapa yang ada mengikuti Matluthfi sebelum ini pasti sudah tahu akan karakter dan perangai beliau yang sangat bersahaja. Penulis juga memasukkan unsur-unsur sindiran dalam cerita yang memang berlaku di persekitaran kita seharian. Buku ini diselangselikan dengan lukisan di muka surat sebelah kiri. Buku ini disyorkan untuk sesiapa yang mengikuti Matluthfi sebelum ini. Daripada seorang Youtuber kepada seorang penulis. Sebelum ini kita disajikan dengan video-video beliau, kali ini cubalah baca hasil tulisannya.