EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

TANDA-TANDA KECIL PERISTIWA MENJELANG KIAMAT

image description
Call no.
: 297.23 YUS
Author
: YUSUF BIN ABDULLAH BIN YUSUF AL-WABIL MA
Contributor
: Khuzainah Binti Khalid
Summary
Pandangan saya tentang buku TANDA-TANDA KECIL PERISTIWA MENJELANG KIAMAT yang dikarang oleh Yusuf Bin Abdullah Bin Abdullah Bin Yusuf Al-Wabil MA ialah buku ini menjelaskan tentang peristiwa-peristiwa yang akan mengambil tempat di akhir zaman ini. Pelbagai info menarik yang dapat diperolehi, di samping pengajaran pengajaran keagamaan,sosial, duniawi mahupun isu akhirat. Di dalam ini juga terdapat pelbagai ayat suci Al-Quran yang memberi peringatan kepada kita manusia yang mudah lupa dan alpa tentang kedatangan hari kebangkitan yang dijanjikan oleh Allah S.W.T. Terdapat juga hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh perawi-perawi hadis yang terkenal seperti Abdullah bin Amr r.a, Al-Bukhari r.a dan Muslim r.a. Buku ini mempunyai 312 muka surat dan mempunyai kulit buku yang agak menonjol dan berunsurkan kehancuran dan kebinasaan dihiasi warna perang yang agak cerah dan hiasan batu bata.