EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

5 LANGKAH UNTUK KEHAMILAN YANG SIHAT DAN SELAMAT

image description
Call no.
: 618.24 ARO
Author
: ANJALI ARORA & VRINDA ARORA
Contributor
: Khuzainah Binti Khalid
Summary
Ulasan saya tentang buku ini ialah buku ini penuh dengan info menarik tentang fasa-fasa ketika mengandung dan selepas bersalin. Antara contoh topik yang dibincangkan ialah persediaan untuk menjadi ibu, trimester kehamilan, penyakit yang menjejaskan ibu dan fetus dan sebagainya. Selain itu, buku ini juga menerangkan jenis aktiviti yang boleh dilakukan oleh para ibu untuk kekal bertenaga sepanjang tempoh kehamilan. Di samping itu, penulis juga memberikan tips-tips untuk suami bagi menguruskan dan membantu isteri melakukan kerja-kerja rumah dan sebagainya. Seterusnya, terdapat juga info tentang corak pemakanan yang sesuai untuk ibu bagi memastikan kandungan sihat. Akhir sekali, buku ini amat sesuai dibaca oleh golongan ibu yang sedang hamil untuk memudahkan proses kelahiran bayi. Buku ini mengandungi 80 muka surat keseluruhannya