EN | MY
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Kau Vaksin Anak Kau?! Habislah

image description
Call no.
: 614.47 AMI
Author
: Dr. Amirul Amzar, Dr. Suhazeli Abdullah, Mohd. Dziehan, Tayang Hamzah
Contributor
: Abdul Aziz Bin Bujang
Summary
Buku ini dihasilkan oleh pakar perubatan bertujuan untuk memberi penerangan kepada masyarakat mengenai kepentingan vaksin untuk menguatkan sistem imuniti badan terutama kepada golongan kanak-kanak. Melalui buku ini juga pembaca akan mengetahui bahawa vaksin adalah komponen kuman yang dilemahkan untuk menghasilkan antibodi kepada badan. Vaksin dihasilkan mengikut keperluan sesuatu penyakit di negara-negara yang berlainan. Penulis juga menerangkan dalam buku ini bahawa tidak semua vaksin adalah haram atau diperbuat daripada khinzir atau daripada najis seperti didakwa oleh golongan anti vaksin. Penulis juga mengambil pandangan daripada ulama, Mufti Wilayah Persekutuan untuk menyokong hujah-hujah penggunaan vaksin adalah harus hukumnya dari segi penggunaannya. Buku ini sangat sesuai dibaca oleh para ibu bapa dan penjaga dan juga golongan yang masih mencurigai vaksin adalah haram serta tidak selamat digunakan. Isi kandungan buku ini sangat ringkas dan padat dan penuh dengan informasi yang sangat berguna kepada masyarakat.