EN | MY
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Tuntutan Filipina ke atas Borneo Utara

image description
Call no.
: 327.595210599 NIK
Author
: Nik Anuar Nik Mahmud
Contributor
: Anita Binti Hamdan
Summary
Buku ini menceritakan tentang perjalanan dan rentetan sejarah, geografi, politik dan undang-undang tentang isu tuntutan Filipina ke atas Borneo Utara atau dikenali sebagai Sabah pada hari ini. Selain Filipina, waris Sultan Sulu turut menuntut Sabah semenjak sebelum Perang Dunia Kedua lagi. Walau bagaimanapun, tuntutan waris Kesultanan Sulu tidak mendapat layanan kerajaan British pada masa itu. Perbincangan untuk menyelesaikan pertikaian tuntutan Filipina ke atas Sabah pernah dibuat di London namun telah gagal. Pembentukan Malaysia yang dipersetujui antara Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara dan Sarawak pada tahun 1963 turut mendapat tentangan daripada kerajaan Filipina dan Indonesia. Walau bagaimanapun, kerajaan Filipina dan Indonesia akhirnya bersetuju untuk menerima pembentukan Malaysia setelah PBB mengesahkan bahawa penduduk di Borneo Utara menyokong pembentukan tersebut. Namun sehingga kini, kerajaan Filipina belum lagi menggugurkan tuntutannya ke atas Sabah.