Buku ini menarik perhatian saya kerana sebagai peminat tegar buah nanas, tidak pernah terfikir bahawa banyak lagi kegunaan nanas selain sedap dimakan.
Buah nanas memiliki 1001 manfaat dan kegunaan, daun tanaman nanas juga mempunyai serat gentian yang berkualiti tinggi. Serat atau gentian ini diperoleh daripada daun nanas sama ada dengan cara rautan tangan, mesin dekortikasi atau kaedah pengeretan. Serat daun nanas ini berpotensi untuk digunakan sebagai serat industri dalam usaha menggantikan serat kayu dan gentian buatan manusia. Antara yang berjaya dihasilkan adalah bakul, beg tangan, kertas serat nanas, kota perhiasan, kota tisu dan banyak lagi. Hasil penyelidikan juga telah merangkul pengiktirafan dan memenangi pertandingan inovasi peringkat kebangsaan dan luar negara.