EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Spanar Rindu Skru

image description
Call no.
: MF 899.2333 EMM
Author
: Emma Maizura
Contributor
: Zuraidah Mat
Summary
Buku ini mengisahkan tentang perjalanan hidup dua insan yang berhubung rapat hanya melalui chatting dengan nama samaran Cik Spanar dan Mat Skru. Hubungan mereka semakin intim bilamana kedua-duanya saling menceritakan kisah cinta masing-masing satu waktu dahulu. Kisah cinta Reen iaitu Cik Spanar seolah-olah ada kaitan dengan Mat Skru iaitu Amin. Kedua-duanya pernah mengalami putus cinta akibat tiada restu dari orang tua. Bapa Reen tidak merestui hubungan mereka hanya kerana dia (Amin) seorang yang miskin. Namun jodoh mereka kuat. Walaupun hanya berhubung melalui chatting akhirnya kedua-dua mereka bertemu semula kerana terkesan dengan kisah cinta masing-masing dan ingin bersua muka melihat satu sama lain. Disebabkan pertemuan itu, kisah cinta mereka bertaut kembali sehingga sampai ke jinjang pelamin walaupun masih mendapat tentangan dari orang tua Reen. Di malam pertama pernikahan mereka, Amin kemalangan lalu menghembuskan nafasnya yang terakhir. Sebaik mendengar berita yang mengejutkan itu, Reen terjatuh tangga yang mengakibatkan pendarahan yang teruk di kepalanya yang akhirnya juga membawa ajal baginya malam itu juga. Kedua-duanya dikebumikan dalam satu liang lahat yang sama. Bapa Reen, menyesal tak sudah kerana disebabkan sikap egonya itu, anaknya Reen tidak dapat mengecapi kebahagian yang sepatutnya menjadi miliknya dari dulu lagi. Walau menangis air mata darah sekalipun jasad anaknya tidak akan dapat kembali seperti dulu. Sebagai pengajarannya, janganlah kita memandang seseorang kerana hartanya tanpa melihat peribadinya. Disebabkan sikap yang sedemikianlah, lebih banyak merugikan seseorang daripanya menguntungkan dirinya seperti yang berlaku kepada diri Reen dan Amin. Terlanjur perahu dapat diundur, terlanjur perbuatan dan kata tidak membawa padah.