EN | MY
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Perubatan Herba Masyarakat Melayu Brunei

image description
Call no.
: 615.3210955955 MAS
Author
: Mas Irun Alli
Contributor
: Siti Rohana Binti Saat
Summary
Buku ini merupakan buku kajian tentang pusaka ubat-ubatan yang diamalkan turun-temurun oleh masyarakat Melayu Brunei. Tujuan utama kajian ialah untuk mendapatkan maklumat apakah faktor yang mempengaruhi atau mendorong masyarakat Melayu Brunei terus mengamalkan dan menyakini rawatan sistem tradisi dan apakah jenis penyakit yang memerlukan rawatan. Di samping itu pengkaji mengenalpasti sejauh mana keberkesanan ubat tradisi mencegah dan menyelesaikan masalah sakit demam di kalangan masyarakat Brunei. Antara objektif kajian yang akan dicapai ialah Bagaimana perubatan tradisi dapat dimanfaatkan untuk membantu merawat dan mengubati penyakit yang berat dan ringan dihidapi oleh masyarakat Melayu, Untuk membuktikan bahawa sistem perubatan tradisi Melayu boleh dijadikan contoh trend rawatan yang menjurus kepada konsep penjagaan kesihatan tahap primer yang dianggap lebih penting dan sihat serta bagaimana rawatan tradisi mengambil berat tentang penjagaan secara fizikal, spiritual dan mental. Rawatan menerusi sistem tradisi atau berubat kampung merupakan satu alternatif di kalangan masyarakat Melayu. Keadaan ini wujud disebabkan oleh para dukun, pawang, bomoh dan orang pandai mengubati dalam konteks Brunei menggabungkan antara nilai budaya dan agama. Buku ini sesuai untuk rujukan dan panduan kepada semua golongan masyarat.