EN | MY
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Tumbuhan rempah-ratus dan beraroma

image description
Call no.
: JM581.6321/MOH
Author
: Mohamed Roselan Ab Malek
Contributor
: Masni Abdullah
Summary
Buku ini menerangkan sebanyak 44 jenis tumbuhan herba yang menjadi rempah-ratus yang digunakan dalam masakan harian rakyat Malaysia amnya. Dengan membaca buku ini secara tidak langsung kita dapat mengetahui nama saintifik atau panggilan setempat untuk herba yang ditanam di rumah atau pun persekitaran kita. Buku ini menyediakan gambar berwarna dan cirri-ciri pokok dengan terperinci disamping kegunaan dan khasiat pokok herba tersebut. Seperti yang kita sedia maklum, banyak pokok herba digunakan sebagai sumber makanan dan perubatan diantaranya adalah daun bebuas, cempaka, cengkih, daun kari, inai, kayu manis, lemuni, limau purut dan banyak lagi. Selain dijadikan ubat dan makanan ianya juga telah dikomersialkan secara meluas. Penggunaan herba dalam makanan secara tidak langsung menambahkan aroma dan keenakan kepada makanan yang disediakan. Walaupun pokok herba ini digunakan secara tradisional dari zaman dahulu namun kita juga perlu merujuk kepada pakar atau pengamal perubatan tradisional sebelum menggunakannya. Ini kerana faktor keselamatan dalam penggunaan herba perlu dititikberatkan.