EN | MY
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Musuh Dalam Selimut

image description
Call no.
: JMF 899.2333 AIN
Author
: Ainun Marziah Isa
Contributor
: Zuraidah Binti Mat
Summary
Buku ini mengisahkan tentang sikap seseorang yang diibarat seperti musuh dalam selimut bertepatan dengan tajuk tersebut. Budin adalah seorang pendidik Kampung Sentosa yang telah dijadikan oleh YB Mustafa sebagai mata-matanya di kampung itu. YB Mustafa pula adalah wakil rakyat di kawasan itu namun beliau tidak pernah turun padang dalam menangani masalah-masalah yang melanda di Kampung Sentosa. Disebabkan itu, Pak Leman iaitu Ketua Kampung Sentosa berserta cikgu Samad, Adnan dan Rosli bertekad untuk bertemu dengan YB Mustafas untuk membincangkan masalah-masalah yang melanda kampung mereka. Akhirnya, tembelang Budin pecah setelah pertemuan keempat-empat mereka itu dengan YB Mustafa berjalan seperti yang dirancang. Walau pun begitu, sikap YB Mustafa yang memberi wang kepada Pak Leman, Cikgu Samad, Adan dan Rosli membuatkan YB Mustafa hilang kepercayaan daripada mereka berempat dan wang tersebut telah dianggap oleh mereka sebagai rasuah untuk mendapatkan semula jawatan wakil rakyat yang dipegangnya sekarang. Di depan YB, Budin memfitnah orang-orang kampung tetapi di belakang YB pula, dia memfitnah YB agar dibenci oleh penduduk kampung Sentosa. Sikapnya itu ibarat seperti musuh dalam selimut yang sememangnya suka membuat fitnah agar kedua-dua pihak yang difitnahnya itu membenci satu sama lain. Sebagai pengajarannya, kita yang hidup bermasyarakat ini tidak seharusnya mempunyai sikap seperti itu demi menjaga keharmonian bersama walau di mana sahaja kita berada.