EN | MY
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Asal Usul Belang Harimau

image description
Call no.
: JMF 398.2 AIN
Author
: Ainun Marziah Isa
Contributor
: Zuraidah Binti Mat
Summary
Buku ini mengisahkan tentang bagaimana harimau mendapat belang di badannya. Zaman dahulu, harimau dan singa bersahabat baik namun sikap kedua-duanya jauh berbeza. Harimau suka mencuri ternakan orang kampung manakala singa pula suka berburu di hutan sehinggalah di suatu hari harimau berjaya ditangkap oleh penduduk kampung. Ia terperangkap oleh jerat yang dipasang oleh penduduk kampung. Sebelum kejadian tersebut, singa telah terlebih dahulu masuk ke dalam perangkap penduduk kampung kerana telah dikhianati oleh harimau yang merasakan singa terlalu baik tetapi telah dilepaskan semula oleh penduduk kampung kerana singa tidak pernah mengganggu mereka. Tidak seperti harimau yang merasakan dirinya kuat dan suka menakutkan serta mencuri ternakan penduduk kampung. Setelah mendengarkan harimau telah ditangkap oleh penduduk kampung, singa terus pergi ke tempat perangkap di mana harimau terjerat. Demi persahabatan mereka, singa tetap pergi untuk menyelamatkan harimau biarpun harimau pernah menipunnya dulu. Sesampainya di sana, singa melihat harimau telah dicucuk, dipukul dan ditikam oleh penduduk kampung di dalam lubang perangkap tersebut. Tanpa berlengah lagi singa terus mengaum dengan sekuat hatinya yang menyebabkan mereka yang berada di situ berlari lintang-pukang untuk menyelamatkan diri masing-masing. Akhirnya harimau berjaya diselamatkan oleh singa dari dibunuh oleh penduduk kampung. Harimau merasa malu kepada singa kerana walau pun dirinya telah mengkhianati singa, namun singa tetap masih mahu menolongnya ketika di dalam kesusahan dan bahaya. Oleh itu, ia membawa dirinya jauh-jauh dari singa kerana malu akan perbuatannya itu. Badannya menjadi berbirat berbelang-belang setelah ditikam dan dipukul oleh penduduk kampung dengan senjata tajam menyebabkan ia terasa sakit sehinggalah garis belang-belang itu tidak hilang di badannya sehinggalah sekarang. Maka, sebab itulah badan harimau berbelang-belang seperti bercorak cantik dan dari situlah juga asal-usul belang harimau.