EN | MY
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Asal Usul Cangkerang Kura-kura Retak

image description
Call no.
: JMF 398.2 AIN
Author
: Ainun Marziah Isa
Contributor
: Zuraidah Binti Mat
Summary
Buku ini mengisahkan bagaimana asal usulnya cangkerang kura-kura retak. Kisahnya begini, kura-kura dari dahulu lagi ingin merasa terbang di udara seperti burung-burung dan itik yang dapat melihat pemandangan yang indah dari udara. Baginya tentu indah dapat melihatnya sendiri. Cukuplah sekadar dapat terbang seperti itik walau pun dapat terbang sedikit sahaja sekurang-kurangnya dapat merasai terbang di udara. a Tidak seperti dirinya sejak dari dahulu hanya berlegar-legar di tepi kolam sahaja dengan membawa cangkerangnya yang keras itu. Hasratnya itu diceritakannya kepada tupai. Berita tentang keinginannya itu bukan setakat itu sahaja, tupai menceritakannya juga kepada rakan-rakan mereka yang lain iaitu itik dan bangau. Kesemua mereka berasa kasihan dengan sang kura-kura namun masing-masingnya merasakan mustahil untuk kura-kura terbang keran ianya tidak bersayap dan mempunyai cangkerang yang berat dan keras. Sehinggalah pada suatu hari tupai mendapat idea. Ia menyuruh bangau dan itik menggigit ranting pokok di sebelah kiri dan kanan manakala kura-kura pula menggigit di bahagian tengah ranting supaya apabila kedua-dua bangau dan itik terbang, kura-kura juga turut terbang dengan syarat kura-kura tidak membuka mulut sepanjang mereka di udara. Sebelum bangau dan itik terbang, kura-kura sentiasa diberi amaran yang keras oleh tupai, bangau dan itik supaya tidak sekali-kali membuka mulutnya sepanjang penerbangan mereka kelak. Dengan cara itu dapatlah kura-kura merasa terbang yang selama ini menjadi idaman di hatinya. Akhirnya, kura-kura dapat merasa terbang di udara seperti yang dirancang. Ia merasa seronok berada di udara. Ingin sekali rasanya ia bersuara dan berteriak keseronokan di udara namun amaran yang telah diberi oleh kawan-kawannya itu sentiasa berlegar-legar di ingatannya. Ingin sekali ia mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawannya kerana dengan bantuan mereka ia dapat terbang di udara hari itu. Tiba-tiba, mereka melintas kolam dan dibawahnya terdapat tupai di sana. Oleh kerana terlalu gembira yang teramat sangat membuatkan kura-kura terlupa akan pesanan kawan-kawannya itu. Dia terus membuka mulut dengan memanggil tupai. Dengan tidak semena-mena kura-kura jatuh bedebup di tepi kolam. Kaki dan tangannya terasa sakit sedikit namun cangkerangnya yang cantik itu telah retak. Kesemua kawan-kawannya kasihan melihatnya. Namun, kura-kura bersyukur kerana disebabkan cangkerangnya itulah ia terselamat dari jatuh tadi walau pun cangkerangnya tidak lagi cantik dan berkilau seperti dulu.