EN | MY
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Asal Usul Arnab Berekor pendek

image description
Call no.
: JMF 398.2 AIN
Author
: Ainun Marziah Isa
Contributor
: Zuraidah Binti Mat
Summary
Di satu tempat di dalam hutan, tinggallah arnab, tupai, tikus, monyet, helang dan bermacam-macam lagi binatang lain. Arnab, tikus dan tupai bersahabat baik dan arnab disukai oleh semua haiwan di situ kerana rupanya yang cantik dan mempunyai ekor yang panjang, berbulu lebat dan menarik. Ia dicemburui oleh sang monyet. Suatu hari, monyet mendapat satu akal. Ia mengajak arnab pergi mengambil buah jambu di seberang sungai dan untuk ke situ mereka terpaksa melalui sebuah jambatan yang reput. Pada mulanya arnab tidak mahu tetapi akhirnya setelah dipujuk oleh monyet berkali-kali ia pun bersetuju dengan ajakan monyet padanya. Tikus dan tupai ingin pergi bersama tetapi telah dilarang oleh monyet kerana katanya jambatan yang bakal mereka lalui itu hanya dapat dilalui oleh seekor sahaja binatang kerana telah reput. Mereka akur akan kata-kata monyet itu. Arnab disuruh oleh monyet berjalan dahulu di hadapan dan terlebih dahulu melalui jambatan itu. Setibnya di tengah-tengah jambatan, arnab terpijak papan yang rapuh lalu terus terjatuh ke dalam sungai. Monyet yang melihat keadaan itu merasa gembira di atas dahan pokok kerana arnab akan mati tidak lama lagi dibahan oleh buaya yang sangat lapar di sungai itu. Namun, kerana terlalu gembira melihat arnab jatuh monyet tidak sedar sehingga melompat di dahan pokok lalu terjatuh ke dalam sungai tersebut. Melihatkan keadaan itu, arnab yang jatuh tadi terus berenang untuk menyelamatkan monyet yang tidak tahu berenang sebelum buaya menyambar mereka berdua. Monyet selamat dibawa oleh arnab ke tebing sungai namun tenaga yang digunakan oleh arnab tadi telah kehabisan dan ia tersadai di tebing sambil termengah-mengah. Melihatkan keadaan itu, buaya yang kelaparan terus menerkam arnab tetapi tidak kesampaian kerana helang telah menerkam arnab terlebih dahulu dan membawanya ke hutan semula tempat mereka tinggal. Buaya cuma sempat menyambar ekornya sahaja. Disebabkan itulah ekor arnab pendek sehinggalah sekarang. Monyet yang merasa malu dengan perbuatannya itu meminta maaf pada arnab. Arnab memaafkannya dengan mudah sekali kerana ia mempunyai hati yang baik sebab itulah ia disukai ramai di hutan itu. Kini monyet sentiasa bersama-sama arnab walau di mana sahaja mereka berada kononnya untuk menebus kesalahannya terhadap arnab. Sebagai pengajarannya, janganlah kita merasa iri hati dan cemburu dengan kelebihan yang ada pada orang lain sedangkan kita belum lagi melihat dengan sepenuhnya kelebihan yang telah Allah kurniakan kepada kita. Setiap kita telah Allah tetapkan kelebihan masing-masing. Hanya kita sahaja yang tidak nampak akan kelebihan itu melainkan kita sentiasa bersyukur dengan apa yang telah Allah kurniakan kepada kita.