EN | MY
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Kuutus Rindu

image description
Call no.
: MF 899.2333 INT
Author
: Intan Arnida
Contributor
: Zuraidah Binti Mat
Summary
“Kuutus rindu” merupakan satu kisah dendam seorang wanita terhadap seorang suami yang telah menafikan hak dirinya terhadap dua orang puteri kembarnya setelah diceraikan satu ketika dulu kerana cuba menduakan suaminya. Karissa Lisa, begitulah nama wanita tersebut. Dendamnya itu telah menjadi barah sehingga sanggup menyamar demi menagih kasih dua orang anaknya yang telah lama terpisah darinya. Puteri Qayrina dan Puteri Qistina. Dua nama yang sungguh indah sekali. Itulah nama dua puteri kembarnya itu. Pelbagai dugaan dan cabaran terpaksa ditanggung sendiri oleh Karissa. Sehingga terasa dirinya terlalu kerdil dan lemah untuk meneruskan hidup. Kehadiran Tommy Yadees telah mengembalikan semula semangatnya yang hilang. Dari situlah bermula penyamarannya. Hari demi hari, bulan demi bulan, akhirnya penyamarannya itu diketahui juga oleh Datuk Mukhris (bekas suaminya), Datin Alya (isteri baru Datuk Mukhriz), Eiruz (anak angkat Karissa), dua puterinya dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak. Datuk Mukhris merasa benar-benar bersalah terhadap Karissa setelah apa yang berlaku. Dia menyesalinya. Sebenarnya, jauh di lubok hatinya dia masih lagi menyintai bekas isterinya itu. Dia masih tidak dapat melupakan Karissa sehingga kini walau pun telah berkahwin dengan Datin Alya. Hanya disebabkan rasa marah yang teramat sangat dia (Datuk Mukhris), terus menafikan hak penjagaan Karissa terhadap 2 anak mereka. Lantaran itulah Karissa hidup penuh kesunyian dan hilang keyakinan diri tanpa dua puterinya di sisi. Kehadiran Eiruz iaitu anak angkatnya memulihkan kembali semangatnya di samping Tommy yang banyak memberi perangsang untuk pulih dari dunia sedih. Banglo yang dulunya sunyi, suram, hiba dan murung, kini kembali bersinar dengan kehadiran Qayrina dan Qistina di samping Eiruz di sisi Karissa. Bibir itu kembali mengukir senyuman. Itu tandanya bahagia bakal menjelma semula dalam kehidupannya.