EN | MY
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Buah-buahan & Sayur-Sayuran Kaya Khasiat Pencegah Berbagai Penyakit dan Memulihkan Stamina

image description
Call no.
: 641.34 UMM
Author
: Ummi Fairuz
Contributor
: Alya Faeeqah Binti Hamali
Summary
Buku ini amat bermanfaat dan disarankan untuk dibaca kerana ianya menerangkan maklumat tentang kelebihan dan khasiat buah – buahan dan sayur- sayuran. Selain itu, buku ini turut memaparkan resepi buan dan sayuran untuk mengatasi obesiti antaranya resepi jus durian belanda markisa, just kurma tembikai susu, citrus fruit juice, jus salad tembikai susu, sayur asam terung, brongkos kacang merah dan banyak lagi. Buku ini turut memberikan tips resepi buah dan sayuran kepada ahli sukan untuk meningkatkan stamina mereka, resepi bagi menyembuhkan penyakit jantung, menjaga kesihatan mata, mengatasi demam berdarah dan selsema burung, mencegah angin ahmar, mengatasi cirit – birit, migrain dan sakit kepala, mencegah kanser, sembelit, gout dan asma. Sesungguhnya buah-buahan dan sayur-sayuran ini merupakan sumber vitamin, mineral dan serat yang baik. Pengambilan buahan dan sayuran juga membantu untuk awet muda dan melambatkan proses penuaan, kedutan dan sebagainya. Oleh sebab itulah di dalam piramid pemakanan ia terletak di tingkat kedua yang mesti diambil atau dimakan.