EN | MY
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Pelbagai Kudapan dari Ubi dan Kentang

image description
Call no.
: 641.3521 SUT
Author
: Budi Sutomo
Contributor
: Alya Faeeqah Binti Hamali
Summary
Satu lagi buku yang amat berguna untuk dibaca sempena Perintah Kawalan Pergerakan ini kerana ianya mengembangkan kreativiti untuk mengolah aneka sajian yang berasaskan ubi dan kentang yang unik dengan rasa yang lazat. Arahan penyediaan masakan di dalam buku ini ditulis dengan mudah dan ringkas. Sebahagian besar makanan ringan bahan terutamanya berasal dari tepung gandum, tepung beras, tepung pulut, tepung jagung. Kepelbagaian keledek dan kentang sangat fleksibel dan boleh diolah menjadi pelbagai kuih atu penganan baik yang manis ataupun masin. Antara resipi yang menarik di dalam buku ini ialah lempeng coklat keledek, keledak bersalut coklat, kerepek keledek ungu, kuih cakar ayam, apam keledek kukus, muffin kentang mandarin , kroket kentang berinti daging, pizza kentang bersosej, donat kentang, kentang goreng berempah dan banyak lagi. Sebanyak 34 resipi telah dikongsikan di dalam buku ini.