EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

MenumpangTeduh Pohon Akasia :Somaliland Bukan Somalia

image description
Call no.
: 808.882 MUH
Author
: Muhammad Suhail Ahmad
Contributor
: Jamilah Binti Juli
Summary
Menumpang Teduh Pohon Akasia membawa para pembaca turut serta dalam perjalanan penulis ke sebuah negara di benua Afrika, Somaliland. Sebuah negara yang masih belum diiktiraf dunia akan kewujudannya dalam peta dunia. Pengalaman penulis bersama rakan beliau Akhmal selama beberapa hari di bumi Somaliland dicoretkan dalam naskhah ini secara bersahaja yang mana membuat saya tidak berasa bosan untuk membacanya.Sebaik sahaja membuka lembaran pertama pembaca terus dibawa ke dalam pengembaraan ini. Perjalanan perniagaan yang pada awalnya dirancang rupanya lebih daripada itu. Membuka mata penulis terhadap bagaimanakah Somaliland itu sebenarnya tanpa elemen-elemen negatif yang dipaparkan oleh media massa sebelum ini. Somaliland merupakan suatu tempat yang tidak terjangka dek fikiran akan kewujudannya tetapi penulis telah membawa pembaca untuk sama-sama mengenali negara ini. Biarpun dengan hanya kepadatan penduduk seramai 3.5 juta orang, negara ini telah memiliki sistem pembayaran secara atas talian yang moden. Setiap urusniaga dilakukan menggunakan telefon bimbit dan capaian internet yang begitu pantas.Kalau tak baca buku ni, tak tahu la sampai sudah bahawa Somalia dan Somaliland adalah dua negara berbeza. Buku agak berat untuk dibaca secara santai. Memerlukan fokus untuk memahami isikandungan yang terdapat di dalamnya.