EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

5 Langkah untuk mengawal Tekanan Darah Tinggi

image description
Call no.
: 616.13206 ARO
Author
: Anjali Arora
Contributor
: Marlini Binti Mahadar
Summary
Pada pandangan saya, buku ini memberi kesedaran kepada kita untuk mencegah dan mengawal penyakit darah tinggi yang berkebarangkalian tinggi akan dihidapi oleh masyarakat kita jika tidak dicegah awal. Buku ini akan membekalkan kita maklumat-maklumat yang membantu kita dalam memahami tekanan darah tinggi, cara mengatasi penyakit ini, nilai risiko pada diri kita dan cara kita mengawal penyakit ini dalam kehidupan seharian kita. Penyakit ini amat berbahaya kerana kita berasa kurang mengetahui simptomnya tetapi menurut buku ini tekanan darah tinggi biasanya tidak menunjukkan apa-apa simptom dan boleh menyerang ramai pada semua peringkat umur dan latar belakang. Kita juga boleh mengalami masalah ini tanpa disedari.